Pergi ke kandungan

Senarai ke bawah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh senarai ke bawah.

Senarai/Menu ke bawah (drop-down list/menu; DDL[1]) ialah sebuah unsur kawalan grafik, serupa dengan kotak senarai, yang membenarkan pengguna untuk memilih satu nilai daripada senarai. Apabila senarai ke bawah tidak aktif, ia memaparkan hanya satu nilai. Apabila diaktifkan, ia memaparkan (menjatuhkan) senarai nilai, dan pengguna boleh memilih satu. Apabila pengguna memilih nilai baharu, kawalan kembali kepada keadaan tidak aktif lalu memaparkan nilai yang dipilih. Ia sering digunakan dalam reka bentuk antara muka pengguna grafik, termasuk reka bentuk web.

Dalam borang web, unsur HTML <select> dan <option> digunakan untuk menghasilkan senarai ke bawah:[2]

<select>
  <option>Pilihan 1</option>
  <option>Pilihan 2</option>
  <option>Pilihan 3</option>
</select>
  1. ^ "DDL stands for Drop-Down List (user interface)". Acronymfinder.
  2. ^ "The SELECT, OPTGROUP, and OPTION elements". W3C.